GEOGRAFI TINGKATAN 4
Unit 10 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Unit 10.1 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Keseimbangan Ekosistem Hutan
Kegiatan 1 : Pembalakan
- Tanih akan terhakis dan hilang kesuburannya
- Habitat hidupan liar akan musnah dan akan berkurangan
- Spesies tumbuh-tumbuhan akan berkurangan
- Jumlah gas oksigen berkurangan dan pertambahan jumlah gas karbon dioksida
Kegiatan 2 : Pertanian
- Habitat hidupan liar akan musnah
- Hutan yang terdiri daripada pelbagai spesies tumbuhan diganti dengan tanaman yang terhad bilangannya
- Penebangan pokok-pokok di hutan menyebabkan kehilangan banyak spesies kayu balak berharga
Kegiatan 3 : Pengangkutan
- Larian air permukaan meningkat
- Ancaman kepada spesies hidupan liar
- Kehilangan spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi
- Pembinaan jalan raya akan menyebabkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh
Kegiatan 4 : Pembinaan Empangan
- Menenggelamkan kawasan yang luas
- Jumlah gas oksigen berkurangan dan jumlah gas karbon dioksida meningkat
- Habitat tumbuhan semula jadi dan hidupan liar musnah
- Hidupan liar terpaksa berpindah ke kawasan lain
Kegiatan 5 : Perlombongan
- Habitat tumbuhan semula jadi dan hidupan hidupan liar akan musnah
- Suhu akan meningkat kerana ketiadaan tumbuhan
- Kawasan yang tandus semakin luas
- Menambahkan kuantiti tanih yang tidak subur
Unit 10.2 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi
1. Kemusnahan Kawasan Hutan
- Kawasan permukaan bumi yang dilitupi hutan semakin berkurangan
- Kini hanya kira-kira 62% permukaan bumi di Negara Malaysia dilitupi hutan
2. Pengurangan Spesies Tumbuh-tumbuhan
- Spesies kayu balak yang berharga tinggi di Negara Malaysia seperti Cengal, Merbau, Belian, Keruing, dan Meranti telah berkurangan secara mendadak
- Di Thailand, pokok Jati sangat berkurangan dan hampir pupus akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal pada masa lalu
3. Kehilangan Kepelbagaian Biologi
- Hutan Hujan Tropika Malaysia mengandungi lebih kurang 14500 jenis spesies tumbuhan dan ribuan jenis haiwan, burung, dan serangga
- Apabila hutan dimusnahkan, kepelbagaian biologi tersebut akan hilang
4. Kehilangan Gen Tertentu
- Sesetengah tumbuhan secara semula jadinya memang tidak banyak terdapat di muka bumi
- Tumbuhan jenis ini hanya tumbuh di kawasan yang tertentu sahaja dan dinamakan spesies jarang-jarang ditemui
- Contoh ialah Bunga Reflesia, Senduduk Putih, Begonia dan banyak lagi
1. Kemusnahan Habitat Hidupan Liar
- Kawasan hutan berfungsi sebagai habitat kepada hidupan liar
- Kawasan ini juga sebagai kawasan perlindungan, mencari makanan, dan membiak
- Kemusnahan hutan menyebabkan hidupan liar kehilangan habitatnya
2. Pengurangan Spesies Hidupan Liar
- Di negara kita, spesies hidupan liar yang semakin kurang populasinya dan mengalami ancaman kepupusan ialah harimau belang, badak sumatera, tapir, seladang, beruang, kijang, rusa, dan banyak lagi
- Apabila hutan dan habitat mereka musnah, spesies terancam ini akan berkurangan jumlahnya
3. Kepupusan Spesies Hidupan Liar
- Kegiatan manusia membina empangan menyebabkan spesies hidupan liar mengalami kepupusan
- Apabila tumbuhan berkurangan, maka hidupan liar turut kehilangan tempat perlindungan, memperoleh makanan, dan membiak
- Kemusnahan kawasan hutan yang luas menyebabkan beberapa spesies hidupan liar pupus seperti pupusnya burung dodo dan dinasour
Unit 10.4 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Keseimbangan Ekosistem Hutan Pada Masa Akan Datang
1. Tumbuhan semula jadi dan spesies hidupan liar akan pupus
2. Kawasan hutan menjadi kurang
3. Spesies hidupan liar berkurangan kerana habitat musnah
4. Sumber bekalan air terjejas dan masalah kekurangan bekalan air akan kerap berlaku
5. Suhu persekitaran akan meningkat dan mengubah keadaan cuaca setempat
6. Generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies-spesies tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang telah pupus
1. Tumbuhan semula jadi dan spesies hidupan liar akan pupus
2. Kawasan hutan menjadi kurang
3. Spesies hidupan liar berkurangan kerana habitat musnah
4. Sumber bekalan air terjejas dan masalah kekurangan bekalan air akan kerap berlaku
5. Suhu persekitaran akan meningkat dan mengubah keadaan cuaca setempat
6. Generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies-spesies tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang telah pupus
No comments:
Post a Comment