Wednesday 26 December 2012

GEOGRAFI TINGKATAN 4

Unit 10 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar





Unit 10.1 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Keseimbangan Ekosistem Hutan




Kegiatan 1 : Pembalakan

  • Tanih akan terhakis dan hilang kesuburannya
  • Habitat hidupan liar akan musnah dan akan berkurangan
  • Spesies tumbuh-tumbuhan akan berkurangan
  • Jumlah gas oksigen berkurangan dan pertambahan jumlah gas karbon dioksida





Kegiatan 2 : Pertanian

  • Habitat hidupan liar akan musnah
  • Hutan yang terdiri daripada pelbagai spesies tumbuhan diganti dengan tanaman yang terhad bilangannya
  • Penebangan pokok-pokok di hutan menyebabkan kehilangan banyak spesies kayu balak berharga





Kegiatan 3 : Pengangkutan

  • Larian air permukaan meningkat
  • Ancaman kepada spesies hidupan liar
  • Kehilangan spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi
  • Pembinaan jalan raya akan menyebabkan  berlakunya hakisan dan tanah runtuh






Kegiatan 4 : Pembinaan Empangan

  • Menenggelamkan kawasan yang luas
  • Jumlah gas oksigen berkurangan dan jumlah gas karbon dioksida meningkat
  • Habitat tumbuhan semula jadi dan hidupan liar musnah
  • Hidupan liar terpaksa berpindah ke kawasan lain





Kegiatan 5 : Perlombongan


  • Habitat tumbuhan semula jadi dan hidupan hidupan liar akan musnah
  • Suhu akan meningkat kerana ketiadaan tumbuhan
  • Kawasan yang tandus semakin luas
  • Menambahkan kuantiti tanih yang tidak subur






Unit 10.2 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi 





1. Kemusnahan Kawasan Hutan

  • Kawasan permukaan bumi yang dilitupi hutan semakin berkurangan
  • Kini hanya kira-kira 62% permukaan bumi di Negara Malaysia dilitupi hutan








2. Pengurangan Spesies Tumbuh-tumbuhan 

  • Spesies kayu balak yang berharga tinggi di Negara Malaysia seperti Cengal, Merbau, Belian, Keruing, dan Meranti telah berkurangan secara mendadak
  • Di Thailand, pokok Jati sangat berkurangan dan hampir pupus akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal pada masa lalu










3. Kehilangan Kepelbagaian Biologi

  • Hutan Hujan Tropika Malaysia mengandungi lebih kurang 14500 jenis spesies tumbuhan dan ribuan jenis haiwan, burung, dan serangga
  • Apabila hutan dimusnahkan, kepelbagaian biologi tersebut akan hilang




4. Kehilangan Gen Tertentu

  • Sesetengah tumbuhan secara semula jadinya memang tidak banyak terdapat di muka bumi
  • Tumbuhan jenis ini hanya tumbuh di kawasan yang tertentu sahaja dan dinamakan spesies jarang-jarang ditemui
  • Contoh ialah Bunga Reflesia, Senduduk Putih, Begonia dan banyak lagi







Unit 10.3 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Hidupan Liar




1. Kemusnahan Habitat Hidupan Liar


  • Kawasan hutan berfungsi sebagai habitat kepada hidupan liar
  • Kawasan ini juga sebagai kawasan perlindungan, mencari makanan, dan membiak
  • Kemusnahan hutan menyebabkan hidupan liar kehilangan habitatnya









2. Pengurangan Spesies Hidupan Liar

  • Di negara kita, spesies hidupan liar yang semakin kurang populasinya dan mengalami ancaman kepupusan ialah harimau belang, badak sumatera, tapir, seladang, beruang, kijang, rusa, dan banyak lagi
  • Apabila hutan dan habitat mereka musnah, spesies terancam ini akan berkurangan jumlahnya




3. Kepupusan Spesies Hidupan Liar

  • Kegiatan manusia membina empangan menyebabkan spesies hidupan liar mengalami kepupusan
  • Apabila tumbuhan berkurangan, maka hidupan liar turut kehilangan tempat perlindungan, memperoleh makanan, dan membiak
  • Kemusnahan kawasan hutan yang luas menyebabkan beberapa spesies hidupan liar pupus seperti pupusnya burung dodo dan dinasour



Unit 10.4 : Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Keseimbangan Ekosistem Hutan Pada Masa Akan Datang

1. Tumbuhan semula jadi dan spesies hidupan liar akan pupus

2. Kawasan hutan menjadi kurang


3. Spesies hidupan liar berkurangan kerana habitat musnah


4. Sumber bekalan air terjejas dan masalah kekurangan bekalan air akan kerap berlaku


5. Suhu persekitaran akan meningkat dan mengubah keadaan cuaca setempat


6. Generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies-spesies tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang telah pupus




Lampiran :



Peta Minda : Kesan Pembalakan






Contoh hidupan hampir pupus di Malaysia





Contoh spesies jarang-jarang ditemui di Malaysia

Saturday 29 September 2012

Jungles

                                                                       Life of jungles

Thursday 27 September 2012

Beauty of LIFE......


Hello what’s the story?…




Am i cute..??hehe



Let's follow me…



We will be friend forever...!!



Huhuu.. I can be friend too......?



Me too..me too..me too..me too..me too!!!!!



Do not leave me aloneeeee.!!!!






Ciri-ciri Murid Abad Ke-21


4. Apakah ciri-ciri murid Abad Ke-21?

  • Berupaya membuat hubungkait
  • Bijak menyoal
  • Yakin dalam berkomunikasi
  • Berani mengambil risiko
  • Dahagakan ilmu
  • Ingin tahu

Ciri-ciri Guru Abad Ke-21


3. Apakah ciri-ciri guru Abad Ke-21?

  • Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (P&P)
  • Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
  • Memahami psikologi pembelajran (cognitive psychology)
  • Memiliki kemahiran kaunseling
  • Menggunakan teknologi terkini

Elemen-elemen Dalam Kemahiran Abad Ke-21


2. Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21?

  • Kreativiti dan Inovasi ( Creativity and Innovation)
  • Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
  • Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
  • Literasi Maklumat (Information Literacy)
  • Literasi Media (Media Literacy)
  • Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (Information, Communication and Technology Literacy)
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
  • Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
  • Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
  • Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
  • Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Kemahiran Abad Ke-21


1. Apakah kemahiran P & P yang perlu ada dalam Kemahiran Abad ke-21?


  • Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
  • Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
  • Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Pendidikan Abad Ke-21


Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Education is that which remains, when one has forgotten all that he learned in school?’ (Pendidikan adalah apa yang tertinggal, setelah seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah?). Bukankah kenyataan itu bersifat ironik? Mungkin kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan setakat mengisi ilmu ke dalam otak murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pendidikan seharusnya menupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK-Attitude, Skill and Knowledge) untuk melakukan sesuatu perkara yang perlu dilakukan dalam konteks persekitaran yang senantiasa berubah dan semakin menjadi ‘rata’ (The World is Flat, Thomas L. Friedman).  

Menurut  Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tonggak iaitu :
1. Learning to know (Belajar untuk tahu)
2. Learning to do (Belajar untuk buat)
3. Learning to live together (Belajar untuk hidup bersama)
4. Learning to be (Belajar untuk menjadi)

Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberikan seseorang kanak-kanak itu dengan pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar iaitu sesuatu kemahiran yang amat diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai sumber.  Ilmu yang diperolehi haruslah seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu.

‘Belajar untuk buat’ bukan sahaja dihadkan kepada kemahiran operasi atu mekanikal tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam konteks pelbagai sosial dan kerja. Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita bahawa tidak kira apa pun perbezaan kita dari segi agama, kaum, status sosial, politik, ekonomi atau aspek-aspek yang lain, kita berkongsi hidup di planet yang sama. Suka atau tidak,masalah orang lain akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan  melatih ‘Belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari hal ehwal semasa yang berlaku di sekitar kita.

Satu sistem pendidikan, dari penggubalan dasar, pembentukan struktur pentadbiran, penjawatan sehingga ke pelaksanaan di peringkat sekolah, dengan sendirinya akan menjadi satu model (baik atau tidak) kepada pendidikan yang berunsurkan ‘belajar untuk hidup bersama’. Usaha untuk membawa pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi dapat diperhatikan dari aspek pemupukan saling kesefahaman antara satu sama lain, apresiasi kepada keperluan saling bergantung (Interdependence), pengurusan konflik dengan semangat saling menghormati nilai-nilai pluralistic dan saling kesefahaman yang mementingkan keharmonian.

Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan kemahiran tersebut perlu digiatkan melalui pendekatan yang lebih holistik.  Dalam konteks ini, para guru dan para ibu bapa dan masyarakat secara umumnya, ada peranan untuk membimbing mereka yang terperangkap di dalam konflik kefahaman antara apa yang dipelajari dengan realiti. Mereka perlu diberi keyakinan bahawa konflik itu lebih merupakan persepsi yang diakibatkan leh prejudis dan akan menjadi berkurangan apabila mereka membesar dan memperoleh lebih banyak ilmu. Keyakinan positif ini harus diberi tidak kira tahap keyakinan diri kita demi untuk mencipta satu masa depan yang lebih cerah apabila kita semua benar-benar dapat hidup bersama.

Selanjutnya, ‘Belajar untuk menjadi’ menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insane yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu, mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Perkara ini merupakan satu usaha padu yang mencabar, memrlukan koordinasi semua pihak dan peringkat yang koheren serta realistik. Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan yang penting. Tahap autonomi yang berpatutan diberi kepada sekolah mempengaruhi usaha untuk menyemaikan budaya pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid melalui program mengikut acuan tersendiri.

Saling kesefahaman tentang hakikat ini dan pengupayaan yang dibenarkan di sekolah akan memudahkan proses ‘Belajar untuk menjadi’. Perkara ini perlu ditegaskan kerana kejayaan ‘Belajar untuk menjadi’ amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi peluang untuk perkembangan individualistik.

Akhir sekali, apa yang mencabar adalah bagaimana merealisasikan segala apa yang telah dinyatakan terdahulu supaya ilmu pengetahuan diterjemahkan kepada amalan, amalan menjadi budaya, budaya membawa kejayaan dan seruan menjadi realiti. Apa yang kurang daripada itu adalah retorik sahaja.