Saturday, 29 September 2012
Thursday, 27 September 2012
Beauty of LIFE......
Hello what’s
the story?…
Am i cute..??hehe
Let's follow me…
We will be friend forever...!!
Huhuu.. I can be friend too......?
Me too..me too..me too..me
too..me too!!!!!
Do not leave
me aloneeeee.!!!!
Ciri-ciri Murid Abad Ke-21
4. Apakah ciri-ciri murid Abad Ke-21?
- Berupaya membuat hubungkait
- Bijak menyoal
- Yakin dalam berkomunikasi
- Berani mengambil risiko
- Dahagakan ilmu
- Ingin tahu
Ciri-ciri Guru Abad Ke-21
3. Apakah ciri-ciri guru Abad Ke-21?
- Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
- Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (P&P)
- Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
- Memahami psikologi pembelajran (cognitive psychology)
- Memiliki kemahiran kaunseling
- Menggunakan teknologi terkini
Elemen-elemen Dalam Kemahiran Abad Ke-21
2. Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran
abad ke-21?
- Kreativiti dan Inovasi ( Creativity and Innovation)
- Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
- Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
- Literasi Maklumat (Information Literacy)
- Literasi Media (Media Literacy)
- Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (Information, Communication and Technology Literacy)
- Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
- Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
- Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
- Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
- Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Kemahiran Abad Ke-21
1. Apakah kemahiran P & P yang perlu ada dalam
Kemahiran Abad ke-21?
- Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
- Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
- Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
Pendidikan Abad Ke-21
Aristotle pernah menyatakan bahawa
nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau
kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis
pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita. Apakah yang dimaksudkan
dengan kenyataan ‘Education is that which remains, when one has forgotten all
that he learned in school?’ (Pendidikan adalah apa yang tertinggal, setelah
seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah?). Bukankah kenyataan itu
bersifat ironik? Mungkin kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan
bukan setakat mengisi ilmu ke dalam otak murid seperti kita mengisikan air ke
dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pendidikan
seharusnya menupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu
(ASK-Attitude, Skill and Knowledge) untuk melakukan sesuatu perkara yang perlu
dilakukan dalam konteks persekitaran yang senantiasa berubah dan semakin
menjadi ‘rata’ (The World is Flat, Thomas L. Friedman).
Menurut Laporan UNESCO (Report Of The International
Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang
berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tonggak iaitu :
1. Learning to know (Belajar untuk tahu)
2. Learning to do (Belajar untuk buat)
3. Learning to live together (Belajar untuk hidup bersama)
4. Learning to be (Belajar untuk menjadi)
1. Learning to know (Belajar untuk tahu)
2. Learning to do (Belajar untuk buat)
3. Learning to live together (Belajar untuk hidup bersama)
4. Learning to be (Belajar untuk menjadi)
Pada peringkat asas, pendidikan
seharusnya dapat memberikan seseorang kanak-kanak itu dengan pendedahan kepada
pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam
bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina spektrum
ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di
sini juga merangkumi cara belajar iaitu sesuatu kemahiran yang amat diperlukan
untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak
dari pelbagai sumber. Ilmu yang
diperolehi haruslah seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan
ilmu itu.
‘Belajar untuk buat’ bukan sahaja
dihadkan kepada kemahiran operasi atu mekanikal tetapi merangkumi
kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang
tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam konteks pelbagai sosial
dan kerja. Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita bahawa tidak kira apa
pun perbezaan kita dari segi agama, kaum, status sosial, politik, ekonomi atau
aspek-aspek yang lain, kita berkongsi hidup di planet yang sama. Suka atau
tidak,masalah orang lain akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem
pendidikan melatih ‘Belajar untuk hidup
bersama’ jelas dilihat dari hal ehwal semasa yang berlaku di sekitar kita.
Satu sistem pendidikan, dari
penggubalan dasar, pembentukan struktur pentadbiran, penjawatan sehingga ke
pelaksanaan di peringkat sekolah, dengan sendirinya akan menjadi satu model
(baik atau tidak) kepada pendidikan yang berunsurkan ‘belajar untuk hidup
bersama’. Usaha untuk membawa pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi dapat
diperhatikan dari aspek pemupukan saling kesefahaman antara satu sama lain,
apresiasi kepada keperluan saling bergantung (Interdependence), pengurusan
konflik dengan semangat saling menghormati nilai-nilai pluralistic dan saling
kesefahaman yang mementingkan keharmonian.
Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan
kemahiran tersebut perlu digiatkan melalui pendekatan yang lebih holistik. Dalam konteks ini, para guru dan para ibu bapa
dan masyarakat secara umumnya, ada peranan untuk membimbing mereka yang
terperangkap di dalam konflik kefahaman antara apa yang dipelajari dengan realiti.
Mereka perlu diberi keyakinan bahawa konflik itu lebih merupakan persepsi yang
diakibatkan leh prejudis dan akan menjadi berkurangan apabila mereka membesar
dan memperoleh lebih banyak ilmu. Keyakinan positif ini harus diberi tidak kira
tahap keyakinan diri kita demi untuk mencipta satu masa depan yang lebih cerah
apabila kita semua benar-benar dapat hidup bersama.
Selanjutnya, ‘Belajar untuk menjadi’
menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insane yang
mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan
membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu,
mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi
individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Perkara ini merupakan satu
usaha padu yang mencabar, memrlukan koordinasi semua pihak dan peringkat yang
koheren serta realistik. Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan
yang penting. Tahap autonomi yang berpatutan diberi kepada sekolah mempengaruhi
usaha untuk menyemaikan budaya pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam
kalangan murid melalui program mengikut acuan tersendiri.
Saling kesefahaman tentang hakikat ini
dan pengupayaan yang dibenarkan di sekolah akan memudahkan proses ‘Belajar
untuk menjadi’. Perkara ini perlu ditegaskan kerana kejayaan ‘Belajar untuk
menjadi’ amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi peluang untuk
perkembangan individualistik.
Akhir sekali, apa yang mencabar adalah
bagaimana merealisasikan segala apa yang telah dinyatakan terdahulu supaya ilmu
pengetahuan diterjemahkan kepada amalan, amalan menjadi budaya, budaya membawa
kejayaan dan seruan menjadi realiti. Apa yang kurang daripada itu adalah
retorik sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)