Saturday 29 September 2012

Jungles

                                                                       Life of jungles

Thursday 27 September 2012

Beauty of LIFE......


Hello what’s the story?…




Am i cute..??hehe



Let's follow me…



We will be friend forever...!!



Huhuu.. I can be friend too......?



Me too..me too..me too..me too..me too!!!!!



Do not leave me aloneeeee.!!!!






Ciri-ciri Murid Abad Ke-21


4. Apakah ciri-ciri murid Abad Ke-21?

  • Berupaya membuat hubungkait
  • Bijak menyoal
  • Yakin dalam berkomunikasi
  • Berani mengambil risiko
  • Dahagakan ilmu
  • Ingin tahu

Ciri-ciri Guru Abad Ke-21


3. Apakah ciri-ciri guru Abad Ke-21?

  • Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (P&P)
  • Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
  • Memahami psikologi pembelajran (cognitive psychology)
  • Memiliki kemahiran kaunseling
  • Menggunakan teknologi terkini

Elemen-elemen Dalam Kemahiran Abad Ke-21


2. Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21?

  • Kreativiti dan Inovasi ( Creativity and Innovation)
  • Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
  • Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
  • Literasi Maklumat (Information Literacy)
  • Literasi Media (Media Literacy)
  • Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (Information, Communication and Technology Literacy)
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
  • Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
  • Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
  • Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
  • Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Kemahiran Abad Ke-21


1. Apakah kemahiran P & P yang perlu ada dalam Kemahiran Abad ke-21?


  • Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
  • Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
  • Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Pendidikan Abad Ke-21


Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Education is that which remains, when one has forgotten all that he learned in school?’ (Pendidikan adalah apa yang tertinggal, setelah seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah?). Bukankah kenyataan itu bersifat ironik? Mungkin kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan setakat mengisi ilmu ke dalam otak murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pendidikan seharusnya menupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK-Attitude, Skill and Knowledge) untuk melakukan sesuatu perkara yang perlu dilakukan dalam konteks persekitaran yang senantiasa berubah dan semakin menjadi ‘rata’ (The World is Flat, Thomas L. Friedman).  

Menurut  Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tonggak iaitu :
1. Learning to know (Belajar untuk tahu)
2. Learning to do (Belajar untuk buat)
3. Learning to live together (Belajar untuk hidup bersama)
4. Learning to be (Belajar untuk menjadi)

Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberikan seseorang kanak-kanak itu dengan pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar iaitu sesuatu kemahiran yang amat diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai sumber.  Ilmu yang diperolehi haruslah seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu.

‘Belajar untuk buat’ bukan sahaja dihadkan kepada kemahiran operasi atu mekanikal tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam konteks pelbagai sosial dan kerja. Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita bahawa tidak kira apa pun perbezaan kita dari segi agama, kaum, status sosial, politik, ekonomi atau aspek-aspek yang lain, kita berkongsi hidup di planet yang sama. Suka atau tidak,masalah orang lain akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan  melatih ‘Belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari hal ehwal semasa yang berlaku di sekitar kita.

Satu sistem pendidikan, dari penggubalan dasar, pembentukan struktur pentadbiran, penjawatan sehingga ke pelaksanaan di peringkat sekolah, dengan sendirinya akan menjadi satu model (baik atau tidak) kepada pendidikan yang berunsurkan ‘belajar untuk hidup bersama’. Usaha untuk membawa pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi dapat diperhatikan dari aspek pemupukan saling kesefahaman antara satu sama lain, apresiasi kepada keperluan saling bergantung (Interdependence), pengurusan konflik dengan semangat saling menghormati nilai-nilai pluralistic dan saling kesefahaman yang mementingkan keharmonian.

Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan kemahiran tersebut perlu digiatkan melalui pendekatan yang lebih holistik.  Dalam konteks ini, para guru dan para ibu bapa dan masyarakat secara umumnya, ada peranan untuk membimbing mereka yang terperangkap di dalam konflik kefahaman antara apa yang dipelajari dengan realiti. Mereka perlu diberi keyakinan bahawa konflik itu lebih merupakan persepsi yang diakibatkan leh prejudis dan akan menjadi berkurangan apabila mereka membesar dan memperoleh lebih banyak ilmu. Keyakinan positif ini harus diberi tidak kira tahap keyakinan diri kita demi untuk mencipta satu masa depan yang lebih cerah apabila kita semua benar-benar dapat hidup bersama.

Selanjutnya, ‘Belajar untuk menjadi’ menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insane yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu, mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Perkara ini merupakan satu usaha padu yang mencabar, memrlukan koordinasi semua pihak dan peringkat yang koheren serta realistik. Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan yang penting. Tahap autonomi yang berpatutan diberi kepada sekolah mempengaruhi usaha untuk menyemaikan budaya pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid melalui program mengikut acuan tersendiri.

Saling kesefahaman tentang hakikat ini dan pengupayaan yang dibenarkan di sekolah akan memudahkan proses ‘Belajar untuk menjadi’. Perkara ini perlu ditegaskan kerana kejayaan ‘Belajar untuk menjadi’ amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi peluang untuk perkembangan individualistik.

Akhir sekali, apa yang mencabar adalah bagaimana merealisasikan segala apa yang telah dinyatakan terdahulu supaya ilmu pengetahuan diterjemahkan kepada amalan, amalan menjadi budaya, budaya membawa kejayaan dan seruan menjadi realiti. Apa yang kurang daripada itu adalah retorik sahaja.